Jalan ke Cameron
Untuk ke cameron highland, anda mempunyai 2 pilihan jalan untuk digunakan.
Dari selatan (melalui Tapah)
Cameron highland terletak lebih kurang 300km dari bandar kuala lumpur. Jika anda menggunakan lebuhraya PLUS bermula dari Jalan Duta, masa perjalanan anda dianggarkan dalam 2 jam. Anda boleh mengambil exit 132 untuk sampai ke pekan Tapah. Kadar tol pula adalah RM 19.40 (dari Jalan Duta). Jarak Cameron highland dari Tapah adalah lebih kurang 60km dan perjalanan pula mengambil masa selama 1 jam setengah. Anda akan mula menaiki bukit bermula dari Tapah. Di ingatkan bahawa tiada stesyen minyak di sepanjang jalan di antara Tapah ke Cameron Highlands,stesyen yang terdekat adalah di Ringlet (berhampiran dengan puncak). Jadi di galakkan kepada semua pemandu supaya memastikan minyak kenderaan anda mencukupi.
P/s - Jalan untuk ke cameron agak berpusing-pusing, jadi dinasihatkan agar menyediakan plastik beg jika terdapat penumpang yang sering mabuk ketika menaiki kereta.
Dari utara (melalui Simpang pulai)
Keadaan jalan ini adalah lebih baik jika dibandingkan dengan jalan di Tapah. Perjalanan dari Simpang Pulai ke Kampung Raja pula mengambil masa hanya 45 minit. Anda boleh mengambil exit 137 (Simpang pulai) melalui lebuhraya Plus.
Subscribe to:
Posts (Atom)